Tahun 3000 A.D
Neo Kuala Lumpur. Sebuah bandar metropolitan yang sangat maju dengan pembangunan pesat. Berjuta-juta penduduknya sibuk dengan tanggungjawab. Siang malam tiada bezanya. Hiruk pikuk sama sahaja. Walaupun diluar tampak gah dengan bangunan-bangunan besar tumbuh rapat-rapat seperti cindawan tetapi didalamnya ia umpama ulat didalam buah. Korupsi, keruntuhan sivik, moral yang pudar, kelapukkan intergriti dan pelbagai lagi masalah sosial sedang menular dan merebak. Jenayah berlaku dimana-mana sahaja tak kira waktu. Bunyi siren polis dan ambulans saling silih berganti. Keselamatan tidak lagi terjamin.
Ditengah-tengah kesibukkan kota pada malam itu telah berlaku satu letupan yang sangat dahsyat. Gegaran dari letupan itu dapat dirasai sehingga beberapa puluh kilometer. Tingkap-tingkap kaca bangunan berhampiran pecah berkecai bertaburan diatas jalan. Kejutan itu menyebabkan orang ramai bertempiaran lari. Tidak kurang juga pejalan kaki berhampiran tercampak beberapa meter sehingga ada yang tercerdera dan terbunuh. Tiada siapa menyangka letupan besar akan berlaku dihadapan sebuah bank terkemuka dan terkaya dibandar itu. Bank Metro Neo KL.
Beberapa minit kemudian siren polis dan ambulans berbunyi silih berganti begegas ketempat kejadian sehingga malam itu terang benderang dengan lampu merah dan biru. Tampa membuang masa beberapa belas orang pegawai polis keluar dari kenderaan masing-masing dengan berpakaian perisai hitam lengkap bersenjata.
Seorang pegawai berpangkat inspektor keluar dari kenderaan polis. Dia berkemeja putih serta bertali leher dan berseluar httam. Berkulit sawa matang, berbadan sasa dan tinggi, serta rambut disikat tepi berkacamata. Kemas dan tampan. Begitu juga dengan rakan setugasnya yang berada sebelah kanan kenderaan yang sedikit rendah dan berkulit gelap.
"Bola apa pulak ni." terpacul perkataan itu setelah kakinya menyepak sesuatu apabila keluar dari kenderaan.
Benda itu tergolek tidak seperti bola kerana rupanya sangat pelik. Apabila dilihat dengan lebih teliti ia adalah kepala manusia. Dia terkejut kerana bukan satu sahaja anggota badan manusia yang berada diatas jalan itu tetapi banyak lagi bersepah dimerata-rata tempat. Satu pemandangan yang sangat ngeri. Tetapi dia sedikit pun tidak ketakutan kerana pengalaman berhadapan dengan mayat adalah sesuatu perkara yang biasa.
"Apa yang berlaku ni Qi? Teruk nampaknya." tanya rakan setugasnya melihat kemusnahan yang berlaku disekeliling.
"Entahlah Mus. Akupun tak tahu. Kita tunggu laporan dari prebet." Jawab Qi sambil mencangkung dilantai memerhatikan cebisan-cebisan daging yang masih lagi merah.
"Tuan." berdiri seoarang anggota polis dihadapan mereka berdua.
"Laporan." ujar Qi dengan tenang.
"Satu letupan bersakala besar telah berlaku di dalam Bank Metro Neo KL"
"Berapa skala?" Qi mendongak keatas dengan wajah berkerut.
Pegawai polis menekan-nekan skrin hologram bewarna biru dipergelangan tangan. "Lebih kurang 3 tan TNT."
"Apa?" Mus seperti tidak percaya
"Jenis bahan letupan?" Qi bangkit dan mencengkik pinggang.
"Peralatan letupan yang ditambah baik. IED."
"Cis. Mana mereka boleh dapat bahan letupan seperti itu. Ia adalah barangan terlarang dan tidak lagi digunakan pada hari ini. Berpuliuh tahun dahulu ia amat popular digunakan ketika perang di negara-negara timur tengah." Ujar Mus.
Qi melihat sekeliling. "Lagi?"
"Terdapat 5 orang awam telah terbunuh dan 10 lagi cedera parah. Unit perubatan telah pun mengambil tindakkan akan perkara ini."
"Laporan dari kamera keselamatan?"
"Kamera keselamatan didalam bangunan dan diluar telah dimatikan menggunakan ledakkan elektro magnetik, EMP, yang agak kuat sebelum pecah masuk dilakukan. Jadi Unit Keselamatan Siber tidak dapat menganalisa data video dengan lebih lanjut."
"Pandai mereka. EMP pun bukan mudah nak dapat." Mus mendengus.
"Tetapi ledakkan EMP yang digunakan hanya memberi kesan dalam linkungan 100 meter radius. Ledakkan seperti ini bukan untuk halangan sementara tetapi adalah untuk memberi kerosakkan teruk kepada peralatan elektrik dan electronik. Unit Keselamatan Siber telah meneliti beberapa kamera yang masih lagi berfungsi dalam lingkungan 200 meter radius dan beberapa video yang dimuat naik kedalam laman sosial berkenaan perkara ini."
"Apa keputusan laporan Unit Keselamatan Siber."
"Menurut laporan yang baru diterima ini, kamera keselamatan dari lampu isyarat dan bangunan-bangunan berdekatan mendapati terdapat lima orang berpakaian hitam dan bertopeng hantu telah membaling sebiji bom dari kenderaan van juga bewarna hitam dihadapan pintu masuk bank sebelum meluru masuk. Dua daripada mereka membawa beg besar bewarna hitam dipercayai digunakan untuk membawa senjata dan wang."
"Imbasan lembayung?"
"Keadaan tidak berapa baik. Terdapat 5 kesan haba didalam bilik kebal bank. Kemungkinan besar adalah milik penjenayah yang menyebabkan kejadian ini. Beberapa kesan sejuk juga telah dikesan. Kami menjangkakan ia adalah milik perkerja-pekerja bank yang telah mati."
"Memang waktu yang sesuai untuk mereka merompak bank pada waktu-waktu begini sebab ramai pekerja yang telah balik dan kurang kawalan keselamatan. Setahu aku Qi, bank-bank besar seperti ini memang ada kawalan keselamtan yang bertaraf A. Aku pelik penjenayah masih lagi hidup didalam."
"Ya. Sistem keselematan bertaraf A adalah satu sistem yang paling tinggi dan mahal. Rumah dan kedai biasanya akan pakai taraf B atau C. Dalam kes ni kebarangkalian untuk penjenyah hidup adalah 1%. Sama taraf dengan apa yang digunakan oleh pihak tentera dan kita. Mungkin mereka telah mengodam sistem keselamatan bank sebelum mereka masuk."
"Mungkin juga."
"Maaf Tuan." Pegawai prebet menegur mereka berdua secara tiba-tiba. "Apa yang tuan katakan tadi tidak benar. Mengikut laporan unit keselamatan siber, tiada kesan-kesan penggodam memecah masuk sistem kawalan keselamatan bertaraf A. Tetapi mereka dapati kelima-lima unit robot bertaraf A yang telah diaktifkan secara automatik tidak lagi berfungsi."
"Baiklah. Sekarang kita masih ada peluang untuk menangkap penjenayah ini dan lakukan soal siasat untuk mengetahui perkara sebenar. Prebet, lakukan kawalan parameter di sekitar bangunan bank ini. Letakkan beberapa penembak tepat diatas bangunan lain. Aku, Mus dan kau akan mengempur masuk kalau penjenayah masih lagi tidak mahu keluar. Bawa sekali bersama beberapa unit yang lain dan... dan Aktifkan JEBAT."
"Qi!" Mus seperti membantah.
"Kita perlu berjaga-jaga Mus. Ini bukan kes rompakkan biasa. Kau tengok keadaan sekeliling. Penjayah biasa takkan lakukan perkara seperti ini. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena."
"Tapi Qi, JEBAT tu kan telah dilarang pengunaanya oleh pihak kerajaan. Tak ingat ke dulu unit itu telah membunuh penjenayah begitu sahaja tampa sebarang pembelaan. Mereka juga hampir-hampir menyebabkan orang awam terbunuh."
"Habis tu. Kau dengarkan laporan tadi. Pekerja-pekerja bank yang telah mati itu tidak mendapat sebarang pembelaan pun. Aku paling benci penjayah macam ni."
"Aku tahu tu. Kenapa kita tidak minta bantuan pihak keselamtan negara? Dengan letupan dan senjata yang mereka bawak kita tak mampu nak lawan mereka."
"Kau nak tunggu sampai penjenayah tu lari. Kau tahu kan bukan senang nak panggil askar tolong kita. Semua ada prosedur dan ia mangambil masa yang lama. Aku tak nak si jahanam ni lepas. Lagipun kita ada JEBAT."
"Tapi..." Mus resah.
"Kita tak ada pilihan lain Mus. Kita bukan lagi memberentas jenayah. Kita sekarang sedang berperang Mus."
"Ok. Baiklah. Aku rasa kapten pasti tidak akan bersetuju dengan rancangan ni." Mus bergerak ke belakang kenderaan yang dinaiki mereka lalu mengeluarkan dua jaket kalis peluru, dua senjata besar dan beberapa butir bom sinar.
"Tak apa. Aku rela mempertaruhkan reputasi aku dalam hal ni. Prebet mulakan sekarang."
"Baik Tuan." Sebentar kemudian pegawai polis itu menekan-nekan paparan skrin hologram untuk menghantar arahan lalu menekan punat di telinga topi keledarnya. "Perhatian semua unit. Perhatian semua unit. Slia bersiap sedia dan patuhi arahan yang telah disampaikan dan bergerak ke lokasi masing-masing. Kita akan mulakan operasi dalam 3 minit dari sekarang."
Mus menghampiri Qi lalu menyerahkan satu set jaket dan beberapa senjata. "Aku harap kau tahu apa yang kau lakukan Qi."
TAMAT Bab 3
No comments:
Post a Comment