
Bunyi siulan bergema di kaki lima tingkat 20. Cahaya lampu suluh berlegar-legar di setap penjuru menyuluh tempat-tempat gelap ditingkat itu. Ia adalah milik Busu yang sedang melakukan rondaan. Tingkat dimana Sen sepatutnya membuat rondaan. Dihujung laluan kaki lima terdapat satu bilik besar dimana pintunya terbuka sedikit. Ruang yang terbuka itu menyebabkan cebisan-cebisan cahaya keluar dari bilik tersebut.
"Siapa pulak kerja sampai lewat malam begini?" Busu mengaru-garu kepalanya.
Dia menghampiri pintu itu untuk membuat pemeriksaan lanjut. Satu prosedur pengawal keselamatan apabila mendapati sesuatu kejanggalan. Dari suluhan didaun pintu terpampang 'Azim bin Munir, Pengurus Besar Bilik Kebal'. Semakin dia hampir semakin dia dapat mendengar perbualan dari dalam bilik itu.
"Ya, ya. Semua sudah sedia. Kau boleh datang sekarang." bunyinya seperti sangat tegang. "Tak ada masalah. Kunci ada pada aku."
Busu teragak-agak untuk mengetuk pintu. 'Apa benda yang mereka cakapkan ni.'
"Datang cepat. Aku telah menaruhkan kerjaya aku dalam hal ini. Pastikan semua berjalan mengikut rancangan. Kegagalan bukan pilihan."
Bunyi bip panggilan dimatikan kedengaran. Busu segera mengetuk pintu dan beberapa ketila kemudian terpacul bayang lelaki pertengahan umur yang memakai pakaian kemas berkemeja dan bertali leher biru di pembukaan.
"Ya. Ada apa?" tanya Azim dengan wajah berkerut.
Dengan tidak menyangka buru Busu menjawab, " Tak ada apa Encik. Saya hanya menjalankan tugas memeriksa keselamatan."
"Kenapa? Kamu ingat saya merompak ke? Muka saya ada macam orang jahat ke?"
"Tidak Encik. Bukan itu maksud saya. Saya cuma..."
"Awak kenal siapa saya?"
"Kenal Encik."
"Saya antara Pengurus Besar disini tau. Ini bermakna jawatan saya lebih tinggi dari kamu dan tugas saya lebih penting dari kamu. Kamu tahu berapa gaji saya? Ia berganda-ganda lebih dari apa yang kamu dapat setahun."
Busu mendiam diri. Ini adalah yang paling bongkak dan sombong antara beberapa pekerja yang sama perwatakkannya. Mungkim raja segala kesombongan dan bongkak. Selama bekerja disini dia tahu bagaimana untuk menangi orang-orang seperti ini. Baginya, darpada bertekak lebih baik berdiam diri. Kalau tidak sampai bilapun cerita ini takkan habis.
"Jadi sebelum saya laporkan perkara ini dan membuang awak kerja, lebih baik awak beredar dari sini. Saya ada banyak kerja yang lebih penting lagi untuk disiapkan." daun pintu dihempaskan betul-betul dahapan Busu.
Bunyi hempasan itu begitu kuat membuatkan dia terasa hina. Tetapi dia tak kisah dan menahan kesabaran. Periuk nasik lebih penting dari ego dan harga diri. Keluarganya perlu diberi makan bukan untuk sehari dua tetapi untuk beberapa tahun lamanya.
Setelah kakinya beredar selangkah terdengar daun pintu terbuka kembali.
"Hah kau Jaga. Jangan lupa belikan aku kopi dan letak atas meja aku kejap lagi." 'Bam' bunyi daun pintu dihempas lagi memang menaikkan darah.
Busu tidak tahu bagaimana orang bawahan Azim bekerja. Mesti penuh dengan tekanan dan sakit jiwa.
Seketika pintu terbuka lagi. "Siapa nama kau?"
"Busu Encik." dia tidak berpaling.
"Busu. Busu. Eh, bukan yang mengawal tingkat ni nama Mohsen ke?"
"Saya ganti tempat dia malam ni sebab dia ganti tempat saya tadi."
Azim melihat jam ditangannya. "Kenapa lewat buat rondaan?"
"Saya masuk lewat tadi Encik. Hantar anak ke klinik. Kenapa Encik bertanyakan semua ini?" Busu mula rasa curigs.
"Aku Pengurus Besar bilik kebal sudah tentu perlu tahu tentang pergerakkan keselamatan disini. Tambahan pula kamu telah melakuksn kesalahan besar."
Busu terdiam lagi. Dia tahu akan kesalahan itu.
"Sepatutnya jadual shift tidak boleh ditukar-tukar dengan sewenang wenangnya dan kelewatan rondaan seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Ini boleh menyebabkan kelonggaran sistem keselamatan bank dan pihak luar boleh mengambil kesemparan. Esok saya akan laporkan kejadian ini kepada Pengurus Besar keselamatan dan tunggu sahajalah nasib awak dan rakan-rakan awak esok." 'Bam'
"Eleh. Membebel pulak. Kitaorang dah lama lah buat macam ni. Tak ada apa-apapun. Poyolah." Busu mencebik dan mengata dengan suara perlahan dihadapan pintu yang tertutup itu sebelum beredar pergi. "Lantaklah kau nak report ke apa. Janji aku buat kerja. Pandailah aku jawab esok." Busu membebel sepanjang perjalanannya ke tangga untuk ke tingkat 19 bagi rondaan seterusnya.
"Lagi satu tak letih ke asyik bukak tutup bukak tutup pintu. Tabiat ke apa. Aku yang dengar bunyi pintu tu pun dah pening tau. Lagi tu tak reti-reti balik rumah ke dah tengah-tengah malam buta macam ni. Hujan pun berenti lah woi!" akhirnya Busu menjerit ditangga melepaskan geram.
Busu berdiri kaku. Lampu tiba-tiba padam dan dia berada didalam gelap. Seketika lampu kecemasan mula mengambil alih. Dinding, tangga, dan pemegang tangan mengeluarkan unjuran cahaya bewarna unggu. Sinaran yang bercahaya apabila gelap. Walaupun tak seberapa tetapi mampu untuk menerangi kawasan gelap.
Belum sempat Busu memulakan satu langkah datang pula bunyi letupan. Ia tak berapa kuat tetapi gemanya mampu bergerak sehingga ke tingkat 20 bangunan. Dia melihat kebawah. Sangkanya sudah pasti ada kerlipan cahaya api atau sebagainya tetapi tiada apa-apa.
'Apa telah berlaku?' Busu hairan kerana selama bertahun inilah kali pertama kejadian seperrti ini berlaku.
"Sen. Sen masuk Sen." bunyi statik radio bergema ditelinga.
Busu menekan-nekan punat ditelinga. "Zam. Masuk Zam." juga tiada jawapan.
'Apa ni? Jarang mereka tidak menjawab panggilan serentak. Kalau salah seorang tak jawab yang lain pasti akan berjawab. Mesti ada sesuatu yang tidak kena. Tetapi apa?'
Busu bergegas kembali ke tingkat 20 kerana dalam hal kecemasan seperti ini perkara pertama yang perlu dilakukan pengawal keselamatan adalah menyelamatkan orang awam. Dia teringat Pengurus Besar masih lagi berada dibilik pejabat. Kaki lima tingkat 20 kembali terang. Tanda gangguan bekalan elektrik telah tamat. Dalam perjalanan Busu cuba untuk menghubungi kembali rakan-rakan sekerja yang berada dilobi.
"Sen masuk Sen. Zam masuk Zam." tiada balasan dan Busu mulai rasa tak sedap hati. "Sesiapa sahaja tolonglah jawap."
Busu berhenti dari berjalan kerana dihadapannya terpacul satu suduk tubuh berpakaian kot.
"Encik Azim. Mari ikut saya sekarang. Ada sesuatu yang berlaku dalam bangunan ni. Kita kena keluar dari sini."
"Panggil sayas Tuan Azim Pengurus Besar. Bukan Encik Azim."
Darah Busu membuak-buak. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia tinggalkan orang yang sombong ni terkapai-kapai keseorangan disini. Tetapi memikirkan tangunggjawab dia berlagak bersahaja.
"Baiklah Tuan Azim Pengurus Besar. Mari ikut saya." Busu tidak berlengah lagi lalu berpaling menuju kearah pintu laluan tangga yang digunakan tadi.
"Bagus." Azim tersengeh bangga sambil mengekori Busu. "Apa yang berlaku."
Soalan bongkak itu dijawab tenang. "Saya takpasti tetapi saya ada dengar bunyi letupan. Tak tau mana arahnya."
"Jadi kalau tak pasti kenapa cemas sangat. Entah-entah tak ada apa yang berlaku."
"Saya cuba menghubungi rakan setugas di lobi untuk mendapatkan kepastian tetapi kedua mereka tidak membalas. Jadi saya tak nak ambil sebarang risiko."
"Bagus. Sangat terlatih." Azim tersenyum sinis.
Azim berhenti dari mengekori apabila Busu membuka pintu laluan tangga.
"Apa yang kau buat ni?"
"Kita kena ikut tangga."
"Kau gila. Dari tingkat 20 nak turun kebawah? Tak sampai 15 tingkat aku dah mati sesak nafas."
Busu menggengam penumbuk erat. Susah betul berurusan dengan VIP ni. "Tuan Azim Pengurus Besar. Mengikut prosedure keselamatan memang kena ikut tangga. Tak boleh guna lif."
"Aku tak nak. Kau turunlah sorang. Aku nak naik lif."
"Tuan Azim Pengurus Be..."
"Hah tengok ada orang naik lif." Azim menunjuk nunjuk numbur lif yang kelihatan bergerak-gerak di hujung kaki lima.
Busu hairan. Siapa pula yang naik lif. Dia menjenguk. Memang benar apa yang dikatakan Azim.
"Kenapa orang tu boleh naik lif aku tak boleh. Aku tak peduli. Aku nak pergi naik lif sekarang. Kau ikutlah tangga sesorang." Azim terus beredar menuju ke pintu lif.
"Tuan. Tuan. Tunggu dulu." Busu mengekori.
"Ha. Tadi nak naik tangga sangat. Kenaoa ikut aku." Azim menekan-nekan punat lif kebawah.
Busu tidak menjawab. Dia masih terfikir fikir siapakah didalam lif itu. Andaiannya mungkin alat komunikasi Sen dan Zam rosak jadi salah seoarang naik untuk memberitahu Busu kejadian litar pintas yang berlaku.
Tiba-tiba telifon bimbit Azim berbunyi. Dia meraba-rabo kocek kotnya. "Ya. Ada apa? Dekat tingkat 20... Dah sampai? Ok aku turun sekarang..."
Busu terdengar perbualan itu. tetapi tidak menyangkakan apa-apa. Baginya mungkin hal kerja. Maklumlah kerja Pengurus Besar lagi penting dari mejaga keselamatan bangunan.
"Ya?" Azim menjeleng kebelakang. "Ada dengan aku ni... Kenapa? Buz naik? Buat apa? Takpayah aku boleh selesaikan sendiri... Cakap kat dia aku bukan pengecut..."
Lain macam bunyi perbualan. Busu tak mahu masuk campur. Mungkin hal peribadi.
'Timg' bunyi lif telah sampai ke tingkat 20. Perlahan pintu lif terbuka. Kelihatan seseorang berpakain gelap dan bertopeng toyol berada didilamnya. Dia mengacukan pistol kearah mereka berdua.
Azim terkejut lalu dicampak telifon bimbitnnya. Dengan pantas dia menyeluk dibelakang kot lalu berpaling. dan 'bam' satu bunyi tembakkan kedengaran,
Semuanya berlaku dengan amat pantas. Busu rebah. Dia masih lagi terkejut dan tidak dapat lagi mencari jawapan apa yang telah berlaku. Dalam lantaran itu cahaya lampu di siling kaki lima amat memedihkan matanya. Tetapi tidak seperit kesakitan didada. Dia meraba dan meliht tangganya berlumuran darah. Dia telah ditembak pada jarak dekat.
Pemandangan menjadi kabur. Nafas sudah tidak menententu. Degupan jantung semakin lemah. Dia kehilngan banyak darah. Tiba-tiba seseorang berpakaian kot dan bertali leher serta memegang sepucuk pistol berdiri menghadap jasadnya.
"Aku dah lama nak rasa. Nak rasa macam mana bila bunuh orang. Hahaha." Azim gembira sambil kakinya menolak-nolak jasad Busu.
"Dah selesai?" lelaki bertopeng itu berdiri disebelah Azim melihat jasad pucat Busu.
"Dah." Azim tersenyum sinis.
"Dah apa bendanya. Tengok dia masih hidup lagi tu. Biar aku lubangkan kepala dia." lelaki bertopeng itu membidik pistol ke kepala Busu.
"Jangan Buz. Jangan. Biarkan macam ni. Aku suka tengok orang mati perlahan-lahan dan penuh siksa." Azim merenung kegembiraan melihat darah Busu yang keluar banyak.
"Hahaha. Kejam. Memang kejam. Tetapi sayang penakut."
Azim bertukar wajah lalu menolak Buz ke dalam lif. "Sial. Buat rosak mood aku je. Dah jom turun bawah. Dah tak cukup masa dah ni."
"Eh. Memang betulkan. Tengok aku. Bersepai kepala otak dua guard kat bawah tu aku tembak. Hahaha."
Pintu lif tertutp membawa penumpang turun ke bawah. Busu merasa sedih yang amat sangat. Barulah dia tahu nasib yang telah menimpa kedua rakan setugasnya. Sangat-sangat malang malam ini. Sekurang-kurangnya dia ditembak didada dan dibiarkan mati perlahan-lahan dari mati dengan cara yang sangat kejam dan tidak berhati perut.
Lebih menyedihkan apabila mendapati Azim rupanya adalah duri dalam daging. Barulah dia teringat sekarang bahawa Zam dan Sen melaporkan tiada lagi yang bekerja sehingga lewat malam pada hari ini sebelum rondaan bermula. Kalaulah dia ingat dari tadi sudah tentu dia akan menahan Azim lebih awal atas kesalahan melewati sistem keselamatan bangunan. Apakan daya semuanya telah terlanbat.
Badan terasa semakin sejuk dan lesu. Kaki dan tangan semakin kebas. Busu hampir pitam. Suara tangisan bayi terngiang-ngiang ditelnganya. Bayi kecil yang meragam dapat mengesan sesuatu yang buruk akan menimpa ayahnya. Alangkahbaiknya jika dia mengambil cuti pada hari itu. Sudah pasti dia akan hidup di lain hari untuk bersama dengan keluarga.
Bayang wajah senyuman anak kecil itu bermain-main difikirannya. Teringat lagu terkahir yang dinyanyikan sebelum dia meninggalkan anak kecil itu ke tempat kerja.
'Tepuk amai-amai,'
'Belalang kupu-kupu.'
'Tepuk adik pandai
'Nanti ayah upah susu.'
'Susu lemak manis'
'Santan kelapa muda'
'Adik jangan nangis'
'Sebab ayah sayang... dia'
Kedua kelopak matanya tertutup rapat. Air mata berlinangan membasahi pipi. 'Maafkan ayah.'
TAMAT Bab 6
TAMAT Bab 6




