Saturday, 25 July 2015

Bab 5 - Pengawal Keselamatan


Malam tu seperti malam-malam biasa. Seluruh bangunan sunyi dan malap. Ramai pekerja telah pulang dan tidak banyak lampu dibuka bagi menjimatkan tenaga elektrik. Waktu lewat seperti itu hanya tinggal beberapa orang sahaja yang masih bertungkus lumus kerja sehingga lewat malam. Pada waktu begini pekerja keselamatan didalam bangunan ini akan bertukar shift. Dalam pada satu shift 3 orang pengawal keselamatan akan ditempatkan.

Dari kaunter lobi dua pegawai keselematan yang ditugaskan disitu terlihat satu bayang manusia menghampiri pintu cermin bangunan. Dalam kemalapan malam pemandangan mata memang tidak dapat membantu mengenalpasti empunya susuk berkenaan. Salah seorang dari pegawai keselamatan memerhati skrin keselamtan dibawah kaunter. Terdapat banyak skrin disitu yang memaparkan keadaan seluruh bangunan. Ini membantu pegawai keselamatan untuk memerhati perubahan didalam dan juga diluar bangunan. 

"Siapa tu?"

"Entah. Aku tak berapa nak nampak. Kejap." Pengawal keselamatan menekan beberapa butang di skrin hologrom yang terdapat dibawah kaunter,

"Resoluti imejan malam dinaikkan. Sistem pengecaman wajah diaktifkan." suara robot wanita bergema di lobi itu.

"Busu bin Ghazali. Berumur 30 tahun. Bekerja sebagai...."

"Ah... Busu ke. Wat gempak jelah kau ni?"

Setelah membuat pengesahan identiti dengan melakukan imbasan retina mata dipintu lobi, Busu bergegas masuk.

"Assalammualaikum kawan-kawan." Busu berseloroh apabila tiba di depan kaunter.

"Hah. Kau ni. Masuk lambat kenapa?"

"Maaf Sen. Anak aku kat rumah meragam. Dia tak berapa sihat."

"Oh. Anak kau yang baru lahir tu kan?"

"Ya Zam. Aku bawak pergi ke klinik kejap tadi. Tu lambat. Terima kasih kerana cover aku kejap malam ni."

"Tak ada hal lah. Kawan-kawan. Esok-esok kau cover pulak kitaorang."

"Boleh Sen. Tak ada hal. Zam! Kau cover aku ronda tadi eh?"

"Ya. Semua beres." Zam tersenyum lebar sambil menunjuk tanda isyarat ok sehinnga Busu seoalah-olah ternampak sinaran dari gigi itu.

"Kejap lsgi waktu kau ronda kan? Takpe aku cover kau pulak eh."

"Ok,"

"Kenapa kau tak ambil cuti je Busu? Sian kat anak kau tu." Sen mencelah

"Aku ingat macam tu lah tadi Sen. Tapi lepas jumpa doktor dan bagi makan ubat aku tengok dia dah tak meragam sangat."

"Oklah macam tu. Nasib anak-anak aku dah besar panjang. Bini kau jagalah tu."

"Aha Zam. Siapa lagi yang boleh harap kat umah tu. Anak-anak aku dah tido. Esok nak sekolah."

"Sian bini kau Busu."

"Tulah nak buat macam mana Sen. Aku kena kerja jugak. Kalau tak. Tak makanlah anak bini aku."

"Yerlah Busu. Kita ni gaji ikut hari. Kecik pulak tu. Tak datang sehari kena tolak. Hujung bulan tengok ciput je. Macam mana nak tanggung macam-macam."

"Hm... Harap anak-anak kita tu akan berjaya suatu hari nanti dan tak hidup susah macam kita. 

"Betul tu Zam. Sen. Kita ni tak lama kat dunia ni. Mereka akan hidup lebih lama dan menghadapi cabaran yang lebih dari kita." 

Mereka bertiga berdiam diri memikirkan nasib. Senyap seperti ada malaikat lalu. 

"Eh. Aku bersiap dulu dekat bilik loker. Kejap lagi aku datang balik." Busu membuka jaket yang dipakainya 

"Ok Busu. Jangan lama sangat. Bilik loker tu berhantu."

"Ah. Ada-ada je lah kau Sen. Sepanjang kerja kat sini tak pernah selisih sekor pun." Suara Busu kedengaran semakin berjauhan.

Zam dan Sen ketawa kecil melihat gelagat Busu. Begitulah rutin harian mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. Ada masa susah ada masa senang. Tetapi tiada seorangpun dapat mengagak tutin mereka akan bertukar sedikit sahaja masa lagi

Selepas beberapa minit Busu di dalam bilik loker Zam dan Sen dikejutkan dengan satu sinaran cahaya yang kuat. Ia datang dari arah pintu lobi utama. Cahaya itu membentuk kubah dan merebak dengan pantas. Kedua-dua pengawal keselamatan tidak mampu untuk melakukan sebarang tindakkan melainkan menutup kedua belah mata dari sinaran yang menyakitkan. Sebagai langkah keselamatan mereka berdua merebahkan badan kebawah kaunter.

"Sen! Sen!" Zam meraba-raba kerana apa yang dapat dilihatnya sekarang adalah putih.

"Ya Zam. Aku tak nampak apa-apa sekarang ni. Kau ok?"

"Aku pun sama. Apa yang berlaku ni Sen?"

"Aku tak tau. Tapi aku rasa tadi macam ledakkan EMP."

"Apa?" penglihatan mereka berdua semakin pulih.

Keadaan didalam bangunan gelap. Skrin-skrin hologram telah mati. Mereka memandang antara satu sama lain. Degupan jantung tidak keruan. Peluh membasahi dahi.

"Ada orang nak merompak Bank." Sen berbisik.

Selepas sahaja perkataan itu diucapkan mereka terdengar kaca dipecahkan kemudian sebiji bola besi meleret kelantai dan melanggar kaunter. Entah dari mana bunyi bip semakin lama semakin laju.

"Sen..." Zam menegur dengan mata terbeliak kerana dia kenal akan bunyi itu.

'Boom!' Zam tidak sempat menyampaikan pesan apabila satu letupan kuat berlaku sehingga memecahkan kaunter keselamatan. Zam dan Sen tidak bernasib baik. Mereka berdua tercampak ke kiri dan kanan bangunan. Kedua mereka mengerang kesakitan. Tangan dan kaki kanan Zam hampir hancur dan Sen pula bahagian pinggangnya telah berlubang. Darah merah berlumuran dilantai bersama-sama cebisan dan habuk kehancuran dari ledakkan bom.

Siling lobi berkelip-kelip. Kelihatan beberapa lampu yang masih elok menyala. Tanda kembalinya bekalan elektrik. Keadaan bertambah malap. Peralatan yang berasaskan elektronik juga telah banyak rosak.

Bergema beberapa tapak kaki berlari di lobi utama menuju ke kawasan letupan. Orang-orang yang tidak dikenali itu berkumpul disitu. Melihat hasil kerja mereka. Zam yang nyawa-nyawa ikan melihat kelibat lima orang perompak berpakain hitam dan bertopeng hantu itu. Tidak disangka perkara yang dilawakkan mereka kepada Busu betul-betul muncul dihapannya.

"Hahaha Bos. Terbaiklah bom tadi. Kabom! Fuyo!" salah seorang yang memakai topeng hantu toyol kegemburaan sambil melompat-lompat.

"Diam. Mereka masih lagi hidup. Selesaikan cepat." herdik seorang perompak yang berada dtengah-tengah yang memakai topeng puntianak.

"Ok Bos." si toyol menerut perintah sambil mengeluarkan sepucuk pistol dari salam jaketnya.

Perlahan si toyol bergerak mengikut garisan jejak darah yang ditinggalkan Sen. Dalam kecederaan itu Sen masih mampu mengesot cuba untuk menyelamatkan diri. Kesakitan yang dirasai Sen tidak dapat dibayangkan lagi. Isi perutnya hampir terkeluar akibat terlalu banyak pergerakkan. Dia sudah hilang pertimbangan. Menyangkakan ada orang datang untuk menyelamatkannya dia terus berpaut pada kaki si toyol yang telah berada dihadapannya. 

"En... Encik. To... tolong Encik." berlumuran darah keluar dari mulut Sen apabila bersuara.

"Ba... baiklah." Si toyol mengajuk dan tampa belas kasihan dia terus melepaskan tembakkan tepat ke kepala Sen sehingga berlubang kepalanya. "Hahaha... sa... sama-sama." 

"Sen!" jerit Zam dengan wajah terkejut yang amat sangat.  

Sen rebah dan tidak bergerak lagi. Setelah bertahun mereka bekerja bersama dia tidak menyangka begini akhirnya. Zam tidak tahan melihat kejadian menyayat hati itu. Walaupun dia juga mengalami kecederaan fizikal yang teruk, tetapi tiada apa yang dapat menandingi sakit dihati. Perasaan Zam bercampur baur. Sakit, geram, sedih dan bermacam lagi. Dia hampir gila. Trajedi ini amat berat baginya. Dia menangis terkenangkan keluarga dirumah.

"Tunggu apa lagi? Ha! Tunggu apa lagi. Pergi jahanam korang semua yang tak berhati perut ni." Zam mengherdik setelah melihat kepala pistol si toyol berada diatas kepalanya. "Percayalah takkan selamat kamu semua dunia akhirat. Pui." Zam meludah darah merah yang penuh didalam mulutnya kelantai . "Bunuh sa..."

'Bang!' Bergema bunyi tembakkan sebelum Zam sempat menghabiskan percakapannya. 

"Hehehe. Hajat ditunaikan." si toyol melompat kegembiraan.

Zam terkulai layu. Tamatlah sudah nyawa kedua orang pengawal keselamatan yang bukan sahaja bersahabat baik di tempat kerja tetapi juga sehingga ke hujung nyawa.

"Bereh Bos." si toyol tunduk hormat.

"Belum lagi. Sepatutnya ada 3 pengawal yang ditugaskan setiap shift. Ikut perancangan mereka bertiga akan berada di kaunter pada waktu ini."

"Satu. Dua." si toyol mengira-ngira. "Betullah. Mana lagi sorang?"

"Kau tanya aku?" Nada ketua perompak berubah.

Si toyol getar. "So. sorry Bos."

"Mana aku tahu. Pergi cari sekarang. Dia mungkin akan merosakkan rancangan kita. Jangan biarkan dia hidup. Bunuh bila nampak." 

"Hamba yang menurut perintah. Hehehe," si toyol berlalu pergi hilang dalam kemalapan malam.

TAMAT Bab 5

No comments:

Post a Comment