Monday, 6 July 2015

Bab 1 - Tragis

TAHUN 2074

Di pinggir bandar Neo Kuala Lumpur terdapat satu rumah agam yang besar. Ia terletak betul-betul disebelah juram dimana air terjun dan sungai mengalir dibawahnya. Rekabentuk pula sangat cantik dan modern dimana banyak cermin dan cahaya lampu menerangi seluruh kawasan. Disekitar pula terdapat tumbuh-tumbuhan hutan malar. Sebuah rumah yang sesuai untuk sebuah keluarga berada.

Seperti hari-hari biasa, didalam rumah itu sekeluarga dalam tiga orang sedang menikmati makan malam. Tetapi malam ini suasananya agak berbaza. Selalunya makan malam penuh dengan keceriaan dan senyuman. Seolah-olah meratapi kematian, masing-masing menumpukan terhadap hidangan sehingga tidak ada sepatah perkataan diucapkan. Merasakan kejanggalan itu, seseorang yang berstatus isteri dan ibu mula berbicara apabila semua orang telah habis menikmati hidangan.

"Abang macam mana hari ni? Kerja ok?" soalan biasa yang ditanya ibu setiap hari kerja.

Tiada balasan yang diterima. Ayah termenung jauh.

"Abang. Abang." tegur ibu lagi.

"Ya. ya. ada apa Yang?" ayah terkesima.

"Sayang tanya tadi. Abang hari ni macam mana? Kerja ok?" ulang ibu

"Oh. Ok. Ok." jawap ayah ringkas kemudian kembali termenung jauh.

Ibu perasan ada yang tak kena dengan suaminya. Dia tidak meneruskan pertanyaan lalu mengalihkan perhatian terhadap satu-satunya anak perempuan mereka.

"Iffa Afiah." panggil ibunya dengan senyuman

"Ya ibu." jawab anak itu yang baru sahaja berumur 5 tahun dengan senyuman yang sangat manis.

"Harini sekolah macam mana Iffa?"

"Cikgu ajar macam-macam ibu hari ni. Iffa seronok. Kawan-kawan pun belajar dan bermain sama." Iffa kegembiraan menceritakan aktiviti seharian disekolah

"Bagus anak ibu. Belajar rajin-rajin ye. Nanti boleh jadi pandai macam ayah." saran ibu.

"Baik ibu. Memang cita-cita Iffah nak jadi pandai macam ayah."  

Kedua beranak itu tersenyum sambil memandang kearah ketua rumah namun tiada riaksi ditunjukkan seperti yang diharapkan. Ayah masih lagi didunianya.

Hati anak kecil itu kecawa begitu juga dengan ibu. Tetapi tiada apa yang mampu mereka lakukan selain menerima. Selepas makan malam ibu dan anak perempuan itu duduk diruang tamu sambil menonton rancangan telivisyen. Pada waktu itu juga secara tiba-tiba terdapat banyak pergerakkan berlaku disekeliling rumah. Cahaya-cahaya lampu LED pelbagai warna mula berkelip-kelip. Bunyi mekanisma-mekanisma peralatan diaktifkan berdengung diseganap pelusuk rumah. Ia sebenarnya datang dari peralatan-peralatan robotik perlbagai saiz. Peralatan robotik yang dicipta oleh ayahnya sendiri. Robot-robot itu sedang sibuk mencuci rumah pada waktu yang telah ditetapkan.

Iffa yang sedang duduk di lantai ruang tamu terasa sesuatu melangar kakinya. Dia berpaling. Sebuah robot berbentuk bola sederhana bewarna putih sedang bergolek dan menghentak-hetak kakinya. Apabila mendapati Iffa memandangnya, robot itu berhenti lalu menjarakkan sedikit kedudukan. Tertera disekeliling bola itu perkataan yang bergerak-gerak bercahaya biru.

"Mod suara dinyahaktifkan... Assalammualaikum Iffa."

Budak kecil itu tersenyum. Dengan anugerah yang dimiliki dia telah dapat membaca dan mengira pada usia setahun jagung.

Spontan dia membalas. "Mualaikumsalam Tuah"

"Sekarang sudah pukul 10.30 malam. Adakah Iffa telah menyiapkan kerja sekolah?"

"Belum lagi Tuah."

"Amaran. Amaran. Amaran." tulisan di sekeliling robot itu bertukar ke cahaya merah. "Menurut pengiraan, Iffa akan meluangkan masa lebih kurang 30 minit sehingga 1 jam untuk menyiapkan kerja rumah. Jikalau mula sekarang membuat kerja sekolah, Iffa akan masuk tidur paling lewat pada pukul 11.30 malam. Iffa akan mengalami kekurangan waktu tidur yang ideal yakni kurang dari 8 jam. Ini akan mendatangkan kesan keatas produktiviti Iffa pada keesokan harinya. Menurut rekod Tuah telahpun memberi peringatan untuk menyiapkan kerja rumah kepada Iffa pada pukul 8.30 malam tadi. Adakah Iffah tidak mengambil sebarang tindakkan?"

Iffa hanya tersenyum.

"Ulangan. Adakah Iffa tidak mengambil..."

"Panjangnya membebel Tuah. Kalah Ibu. Iffa dah siapkan dah tadi." jawap budak kecil itu dengan gelak tawa kecil.

"Jawapan yang bercanggah!" tulisan di robot itu bertukar menjadi kuning. "Tuah akan pergi memeriksa fail kerja latihan Iffa di dalam komputer mudah alih sekolah sekarang untuk kepastian. Kod kuning, akses dibenarkan tampa kebenaran tuannya." Beberapa saat lepas itu Tuah hilang bergolek ke bilik Iffa.

Terdengar Ibunya mengekek. "Iffa, Iffa. Kesian Ibu tengok Tuah. Saban hari Iffa bergurau dengannya."

"Iffa suka bergurau dengan Tuah Ibu sebab tingkah lakunya berlainan dengan kawan-kawan lain."

"Baiklah, baiklah. Tapi jangan amalkan selalu ya. Tak elok. Tujuan ayah mencipta Tuah adalah untuk menjaga Iffa dan robot itu telah menjalankan tugasnya dengan sempurna sekali."

"Ya Ibu." budak kecil itu memandang ke sekeliling ruang tamu. "Ayah dekat mana ibu?"

"Mungkin dekat dalam bilik kerja agaknya." mata ibu melilau disekeliling rumah.

"Ada yang tak kena dengan Ayah ke Ibu?" Iffa teringat kejadian di meja makan sebentar tadi.

"Jangan risau Iffa, mungkin Ayah penat kerja seharian harini." Ibu mengosok-gosok kepala anak kecil itu dengan senyuman. "Iffa duduk dulu ye tengok TV. Ibu pergi carik ayah sekejap."

Bingkas ibu bangun meninggalkan Iffa di ruang tamu bersama-sama robot-robot lain yang sedang sibuk mengemas ruamh.

Dalam pencariannya di sekitar rumah dia terdengar suara orang bercakap-cakap didalam bilik kerja yang pintunya tidak tertutup rapat.

"Tunggu. Tunggu dulu. Formula tu tak sempurna lagi." terlihat suaminya sedang bercakap melalui telifon hologram. 

Susuk tubuh sasa itu bergerak mundar mandir didalam bilik. Tetapi wajahnya tidak kelihatan.

"Aku tak peduli. Masa yang diberikan cukup lama." Suara garau datang membalas.

"Ia tidak lagi diuji. Mungkin akan mendatangkan kesan kepada orang yang memakainya." suaminya cuba menerangkan.

"Jadi serum formula itu telah siap?"

"Ya. ya. Ia telah siap. Cuma tidak diuji lagi."

"Bagus. bagus. Jadi tugasan kamu telah tamat. Seperti yang dijanjikan aku tidak akan menggangu keluarga kamu."

"Te. terima kasih. Baros."

Ibu mengerutkan kepala. Dia macam pernah dengar nama itu sebelum ini.

"Aku akan menghantar orang untuk mengambil serum tersebut. Pastikan ia telah bersedia untuk penghantaran."

"Ba. baik."

"Oh. Lagi satu. Sebagai token penghargaan aku juga akan memberikan Dr. satu hadiah yang sangat bernilai untuk sekeluarga. Khas dari Baros." satu gelak tawa besar yang menakutkan berkumandang diudara seraya itu kelibat hologram itu hilang.

"Abang!" jerit isterinya.

"Yang?" suaminya terkejut melihat isterinya berada dimuka pintu.

"Apa yang abang telah buat ni?" Wajah penuh kerisauan terpapar dimuka isterinya

Suaminya diam seribu bahasa. Dia dapat mengagak isterinya telah mendengar perbulan dia dengan Baros dan mengetahui apa yang telah berlaku.

"Abang. Abang tak ada pilihan. Abang terpaksa." Suaminya tunduk kesal

"Mereka itu bukan calang-calang orang abang. Mereka itu pembunuh, perompak, penjenayah dan tidak berperikemanusian. Kenapa abang boleh percaya dengan mereka? Adakah kita sudah tidak mempunyai cukup wang untuk hidup? Kenapa abang?"

"Abang tak ada pilihan. Mereka. Mereka mengugut untuk membunuh keluarga kita kalau abang tidak memberi kerjasama."

Ibu mengeluh panjang. "Apa yang mereka suruh abang lakukan?"

"Mereka memerlukan sesuatu yang dapat meningkatkan tenaga manusia biasa kepada 10 kali ganda. Pada mulanya abang tidak bersetuju dan berkata ia adalah sesuatu yang mustahil. Tetapi Baros tahu akan kebolehan abang. Dia kata abang boleh melakukan sesuatu yang mustahil kepada kenyataan. Dia melihat segala kejayaan-kejayaan yang abang perolehi sebelum ini dan mengatakan ia adalah sesuatu yang musthail. Baros kata ini adalah untuk menolong manusia sejagat dan bukan untuk tujuan keja..."

Sebelum sempat dia menghabiskan ayat satu bunyi lintasan angin yang kuat telah kedengaran. Apa sahaja yang melintas itu telah berjaya memecah dan menembusi dinding kayu bersebelahan ibu. Dia terkejut lalu menundukkan kepala. Dia melihat kehadapan. Wajah suaminya pucat dan seluruh badan bergetar. Darah merah mula keluar dari dadanya. Dia telah kena tembak.

"Abang!" jerit ibu kuat tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Suaminya jatuh terkulai diatas lantai. Kemudian bunyi dinding pecah dan ditembusi peluru bertubi-tubi kedengaran. Nampaknya si penembak diluar tidak berpuashati selagi segala isi rumah yang bernyawa tidak dihapuskan. Dengan merangkak si isteri bergerak perlahan kearah suaminya.

"Abang! Abang! Abang!" bercucuran air mata si isteri melihat keadaan suaminya dalam nyawa-nyawa ikan.

"Ma. Maafkan abang. Sa. Sayang."nafas hampir ditarik.

"Me. Mengucap abang." saran si isteri tersedu sedan.

"Ash. ashaduallah. Il. Illah Haillah. Mu. Muhammadur Ra. Rasullah." 

"Abang!" menangis si isteri teresak-esak meratapi pemergian suami tersayang.

Bunyi tembakkan masih lagi kedengaran. Segera naluri ibu bertindak. Dia tidak boleh duduk berdiam diri disitu lama-lama. Dia mesti mencari Iffa. Tidak lama lagi penembak diluar pasti akan masuk kerumah untuk memeriksa mayat. 

TAMAT Bab 1. 

No comments:

Post a Comment