Monday, 6 July 2015

Bab 2 - Tuah

Setelah merangkak keluar dari bilik kerja dia segera berlari ke ruang tamu. TV masih terpasang tetapi Iffa tidak lagi berada disitu.

"Iffa! Iffa! Iffa!" panggil Si Ibu.

"Ibu." terdengar suara Iffa menjawab panggilan ibunya didapur.

Pantas dia berlari ke dapur. Disitu dia dapati anak perempunya sedang bersembunyi didalam kabinet dapur.

"Syukur Iffa selamat." si ibu segera mendakap anaknya.

"Bunyi. Bunyi apa itu Ibu. Iffa takut."seluruh tubuh anaknya menggeletar ketakutan dan air mata hampir jatuh berjujuran.

"Tak. Tak apa. Iffa jangan risau. Sekarang Iffa kena kuat dan dengar cakap ibu boleh?" si ibu membelai rambut dan merenung wajah anaknya sebelum semangat itu patah.

Iffa menganguk.

"Bagus. Sekarang kita kena keluar dari rumah dulu ya. Iffa jangan berengang jauh dengan ibu. Mari."

"Baik ibu."

Kedua beranak itu segara beredar dari dapur dan berlari lari anak ke tempat letak kereta. Tetapi sebelum sempat mereka keluar dari rumah bekalan elektrik telah terputus secara tiba-tiba menjadikan seluruh rumah berada didalam kegelapan. Mereka gentar lalu berhenti dari melarikan diri. Kemudian kedengaran bunyi tingkap dan pintu dipecahkan dimerata-rata tempat. Menandakan beberapa orang telah masuk kesetiap penjuru rumah. 

"Ibu." bisik Iffa yang sangat ketakutan sekarang.

Si ibu mengeratkan gengaman tangan anaknya dan meneruskan pergerakkan. Dia tahu buruk padahnya jika mereka duduk berdiam diri. Kegelapan itu hanya dapat memperlahankan pergerakkan mereka tetapi tidak pada penglihatan kerana ini adalah rumah mereka. Mereka kenal selok belok setiap laluan dan penjuru. Kedengaran bunyi tapak kaki memenuhi setiap ruang rumah. Orang-orang yang tidak dikenali sedang giat memburu kedua anak beranak ini.

Dihadapan mereka perasan ira-ira pintu belakang rumah yang menuju ke tempat letak kereta. Ia kelihatan elok menandakan pemburu-pemburu itu tidak masuk melalui pintu belakang. Si ibu merasa gembira kerana mereka mungkin akan ada harapan lepas dari semua tragedi ini. 

Malangnya senyuman itu bertukar serta merta apabila beberapa kaki sahaja sebelum tiba ke pintu belakang satu letupan kuat berlaku. Hancur daun pintu itu dibuatnya. Kedua beranak itu tidak bernasib baik kerana terhumban beberapa kaki kebelakang hasil dari impak letupan. Ibu tidak keruan. Iffa pula pengsan. Tidak berapa lama kemudian satu susuk lelaki yang sangat besar masuk melalui pintu itu. 

"Mana mau lari!" herdik lelaki itu dengan gelak tawa yang besar.

"To. Tolong. Tolong jangan apa-apakan anak aku." rayu Si Ibu yang masih lagi terlentang lemah diatas lantai.

Tampa membalas lelaki itu memetik sesuatu ditelinga kemudian berkata "Adakah barang yang dikehendaki itu ditemui?"

"Kami telah menggeledah seluruh rumah namun barang itu tidak ditemui Tuan."

"Cis. Licik benar Dr. ni." Dia membongkok kemudian menarik rambut perempuan itu lalu diacukan pistol kekepalanya. "Hm. Memang suami kamu seorang yang sangat bijak. Sekarang baik kau bagitau aku dekat mana dia sorokkan formula tu?"

"A. Aku tak tau." berkerut-kerut perempuan itu menahan kesakitan.

"Jangan nak tipu. Siapa lagi yang lebih tahu kalau bukan kau." dia mengengam lebih kuat

"Be. Betul. Aku tak tahu. Bu. Buat apa aku nak bohong. Tolonglah." rayu perempuan itu.

Pada masa itu Iffa telah terjaga dari pengsan. Perasaan marah membuak-buak melihat ibunya diperlakukan sedemikian rupa. Tampa disedari, dia telah meluru kearah lelaki itu untuk menyerangnya. 

"Lepaskan ibuku." jerit Iffah sambil mengigit tanggan lelaki itu sekuat hati.

"Wargh. Budak tak guna. Berambus." lelaki itu menghayunkan tangannya lalu tercampak Iffah sehingga kepalanya terhantuk didinding. Darah merah kelihatan mengalir dengan banyak sehingga jelas kelihatan dalam kemalapan. 

"Iffah!" jerit si ibu. 

Namun Iffah tidak mampu untuk memberi tindak balas walaupun dia tidak pengsan. Matanya kabur tetapi masih lagi boleh melihat. Cuma badannya tidak lagi mampu mendengar arahan. Seperti orang separuh koma.

Dengan kekuatan yang ada si ibu bangkit lalu menyerang lelaki itu dan pergelutan pun berlaku. Tiba-tiba terdengar satu letupan dan ibunya terkulai layu dihadapannya. Lelaki itu telah berjaya menembak tepat ke kepala si ibu.

"Mati juga kau." ucap leaki itu dengan penuh bangga.

Hancur hatinya melihat keadaan itu. Dia mula tertanya mungkin ayah juga menghadapi nasib yang sama seperti ibunya. Kalau tidak sudah pasti ayah akan datang membantu. Dia sekarang seorang diri. Dia hendak menangis tetapi tidak boleh. Dia hendak teriak juga tidak boleh. Sangat perit rasanya. Mungkin sedikit masa lagi dia juga akan menimpa nasib yang sama.

"Tuan. Macam mana?" suara di alatkomunikasinya berbunyi.

"Isterinya dah mati dan budak perempuan ni pun dah nyawa-nyawa ikan. Tak apa rampas segala dokumen dan komputer didalam rumah ni. Mungkin ada didalamnya formula itu."

"Baik Tuan."

"Adakah bahan letupan telah siap sedia?" tanya lelaki itu sambil mengosok-gosok pakaiannya dari habuk pergelutan.

"Sudah Tuan."

"Bagus. Hancurkan rumah ini sebaik selesai. Tanam semua bukti." ujar lelaki itu sambil berjalan keluar rumah.

Iffa tidak dapat berbuat apa-apa selain mendengarkan perbualan lelaki itu. Sebentar lagi dia juga akan menemui ajal. Sama seperti ibu dan ayahnya. Tiba-tiba terasa sesuatu melanggar kakinya berulang kali. Dia melihat kebawah. Tuah sedang cuba memberitahunya sesuatu.

"Setelah memeriksa pangkalan data didapati kerja sekolah Iffa telahpun siap pada jam 10.00 malam. Terima kasih kerana mengikut arahan yang telah diberikan. Ada apa-apa yang Tuah boleh bantu Iffa?" tulisan bewarna biru berlegar disekeliling robot bola itu.

"Ulang soalan. Ada apa-apa yang Tuah boleh bantu Iffa?"

Iffa tidak boleh menjawab. 

"Tiada jawapan. Aktifkan mod imbasan." Terpancar satu cahaya laser bewarna merah dari robot itu keseluruh tubuh Iffa. 

Beberapa saat kemudian tulisan bewarna merah mengelilingi robot itu. "Bahaya, imbasan mendapati Iffa mengalami kecederaan kepala yang parah. Inisiasi penghantran signal kecemasan." 

"Kod Jingga. Mod imbasan kedua diaktifkan." 

Terkeluar lima robot kecil dari sebelah atas Tuah lalu terapung diudara. Dengan sepantas kilat kelima-lima robot kecil itu bergerak untuk mengimbas seluruh kawasan rumah.

Tidak lama selepas itu perkataan bewarna jingga mengelilingi Tuah. "Amaran. Amaran. Amaran. Terdapat banyak bahan letupan di sekeliling rumah. Kesemua dijangka akan meletup dalam masa 1 minit dari sekarang. Dua jasad yang telah meninggal dunia dijumpai di bilik kerja dan dipintu belakang. Analisa juga menunjukkan beberapa orang yang tidak dikenali telah menceroboh masuk serta meningalkan kawasan rumah. dengan tergesa-gesa."

Semua maklumat yang diberi Tuah tidak lagi penting buat masa ini.

"30 saat sebelum letupan bermula. Bantuan kecemasan tidak akan sempat datang. Aktifkan langkau arahan terdahulu. Kumpulkan semua robot pembersih rumah untuk membentuk kubu pertahanan Iffa dari letupan yang akan berlaku." 

Berpuluh-puluh robot yang berkerja mengemas rumah sebentar tadi telah datang dengan pantas ke sekeliling Iffa. Ia kemudian bersusun antara satu sama lain untuk membentuk sebuah kubah berbentuk segi empat tempat. Ia kelihatan kukuh dan kuat tetapi tidak diketahui sama ada ia mampu untuk menahan impak dari letupan besar yang akan berlaku nanti. Tuah juga berada didalamnya. 

Tulisan bewarna jingga menerangi kegelapan didalam kubah itu. "Pengiraan 10 saat terakhir bermula
sekarang. 10, 9, 8, 7, 6, "

Iffa memejamkan. “5, 4, 3, 2, 1, 0...."

TAMAT Bab 2

No comments:

Post a Comment