Diatas sebuah bangunan tinggi ditengah-tengah kota Neo K.L ada seseorang sedang berdiri termenung jauh. Dia berpakaian serba hitam dengan menegenakan jubah labuh serta berniqab. Dalam pakaian sebegitu hanya sepasang mata kebiruan-biruan kelihatan. Keindahan lampu nion milik kotaraya itu sedikitpun tidak memberi perasaan megah dan taksub. Ianya adalah perkara biasa.
Sekali sekala angin sepoi-sepoi bahasa bertiup mengibarkan jubah. Disini dia merasa tenang walaupun dibawah kakinya kesibukkan hidup dikota tidak pernah berhenti. Ia seperti berada diatas gunung. Bunyi bising kenderaan amat sukar untuk sampai ke ketinggian ini.
Dalam renungan itu tiba-tiba beberapa gambaran-gambaran muncul difikiran. Dia amat tidak suka apabila berlakunya perkara seperti ini kerana ia amat menyakitkan kepala. Tambahan gambaran-gambaran memori itu dia tidak mengetahui akan asal usulnya.
"Beri laluan. Beri laluan. Tolong ketepi. Ketepi!" bergema jeritan itu dikoridor.
Cahaya lampu disyiling koridor bersilih ganti dengan pantas. Dalam keadaan baring itu dia dapat melihat beberapa orang menolaknya kehadapa. Dari rupa pakaian seragam mereka kelihatan seperti jururawat. Wajah masing-masing tampak cemas. Kantung air bewarna merah kelihatan bergoyang-goyang.
Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu melekat pada mulutnya membuatkan dia rasa tidak selesa. Dia cuba menggerakkan tanggan untuk mencabutnya tetapi tiada satu pun dari empat kerat tulangnya mengikut arahan. Seperti kejutan elektrik kesakitan yang amat sangat menjalar disetap inci tubuhnya. Seperti kulit disiat-siat. Dia tidak dapat menahan kesakitan itu dan mula bergetar.
"Dik. Sabar dik." salah seorang jururawat risau melihatkan perubahan mendadak itu.
Seketika kemudian terasa hujung katil melanggar daun pintu sebuah bilik. Didalamnya terdapat l;agi beberapa orang yang berpakaian hijau dengan kain penapis udara di mulut dan hidung. Setibanya katil telah berada diposisi yang ditetapkan seorang dari mereka berkata.
"Masyaallah. Badannya sedang mengalami kejutan dari kecederaan teruk. Mis. Tolong berikan lebih gas penenang dan tambahkan oksigen."
"Baik doktor."
Tidak berapa lama kemudian pesakit mula pengsan. Tetapi nampak hanya pada mata tidak pada telinga. Dalam keadaan begitu dia masih lagi dapat mendengar segala yang berlaku didalam bilik kecemasan.
"Keadaan budak ni sangat kritikal. Dah berapa lama.?"
"Dalam 30 minit."
"Sungguh besar kuasa tuhan. Biasanya manusia akan mati dalam keadaan begini."
"Ya. Kami pun terperanjat yang dia masih lagi hidup dalam kejadian dahsyat itu."
"Tak apa. Dia masih ada lagi harapan. Lakukan imbasan x-ray 3D sekarang."
Segera dua gelung besar dan tebal keluar dari dinding dihadapan katil lalu bergerak kebelakang dan kehadapan. Oleh kerana katil yang dibaring pesakit adalah terapung ia tidak menjadi masalah untuk gegelung itu membuat imbasan secara menyuluruh. Beberapa saat kemudan gegelung hos kembali ke tempat asalnya tanda imbasan telahpun selesai.
Sekelip mata terkeluar satu bayang hologram dalam bentuk 3 dimensi yang menunjukkan bentuk fizikal pesakit itu dari urat-urat sehingga organ dan tulang-tulang. Ia juga penuh dengan kod warna bagi membantu doktor mengenalpasti keadaan fizikal pesakit.
Tak cukup dengan itu doktor mengembangkan kedua belah tanggannya dan menyentuh bayang berkenaan. Pergerakkan tangan dan jari jemari doktor telah mengubah kedudukan serta memberi fokus lebih mendalam terhadap beberapa bahagian badan pesakit. Makin lama riak mata doktor bertukar-tukar dari ketidakpastian sehingga menunjukkan tekanan.
"Kasihan. Menurut diagnostik imbasan, keadaan nadi pesakit semakin stabil kesan dari dos ubat peneneang dan oksigen. Malangnya pesakit mengalami kecederaan kebakaran pada tahap 3 dan 4 dimana kesan kebarakan dari pendedahan haba yang tinggi berlaku hampir di kesseluruhan kulit badan, lemak dibawahnya, otot dan tulang. Walaupun kebakaran teruk sebegini telah menghancurkan deria kesakitan tetapi kecederaan-kecederaan lain menyebabkan badan pesakit mengalami kejutan atau trauma."
Doktor membelek-belek lagi bayangan hologram pesakit dihadapannya.
"Kesemua empat kerat tulangnya retak dan patah akibat tekanan dari objek berat menyebabkan lumpuh seluruh badan. Pendarahan dalaman berlaku kepada kebanyakkan organ seperti paru-paru, pankries dan perut. Ada juga beberapa organ yang hancur dan tidak boleh berfungsi lagi antaranya salah satu dari buah pinggangnya.
Semua yang berada didalam bilik itu memandang antara satu sama lain. Masing-masing tak percaya dengan apa yang didengar. Tidak mungkin pesakit masih lagi hidup dalam keadaan macam tu.
"Jadi... organ yang masih berfungsi dengan baik sekarang adalah otak dan jantung. Kedua organ ini tidak mengalami sebarang kecederaan sirius."
Doktor menarik nafas panjang.
"Ini diluar kemampuan kita. Hanya bantuan sokongan hidup sahaja yang dapat mengekalkan nyawanya, Tetapi saya tidak mengesyorkannya kerana pesakit akan menangung seksa selagi masih ada hayat."
"Jadi apa yang kita perlu buat sekarang doktor."
"Saya perlu berbincang dengan ahli keluarga pesakit."
"Tetapi dia sekarang hanya sebatang kara doktor. Kedua orang tuanya telah terbunuh dalam kejadian itu."
Pesakit terkejut dan merasa sangat sedih. Walaupun dia tahu hakikat itu tetapi dia masih lagi tidak dapat menerima kenyataan. Hendak menangis tak boleh apatah lagi meraung kesedihan. Dia lumpuh bukan sahaja pada fizikal tetapi juga pada sokongan dan semangat. Perasaan bercampur baur. Dia tidak kuat untuk menghadapi semua dugaan ini. Dia masih lagi kecil. Denyutan nadi semaki lemah. Dia mungkin akan pergi berjumpa dengan kedua orang tuanya sebentar lagi.
"Doktor! doktor! Keadaan pesakit kembali kritikal. Lihat amaran di skrin hologram. Denyutan nadinya semakin lemah."
Semua melihat kearah bayang hologram berkelip-kelip dengan cahaya lampu bewwarna merah.
"Tidak. tidak. Dik sabar dik. Jangan putus asa lagi. Kuatkan semangat dik. Kuatkan semangat." ujar doktor sambil kedua tanggannya mengampam cas electrik ke dada pesakit untuk mengembalikan denyutan jantung.
Tiada apa yang berlaku selain para doktor dan jururawat bergegas kesana kesini cuba untuk memulihkan keadaan. Keadaan bertukar menjadi lebih kecoh apabila sesuatu yang todak dijangka berlaku.
"Encik! Encik! Encik tak boleh masuk kedalam bilik kecemasan. Encik kena keluar sekarang." saran jururawat apabila melihat kelibat yang tidak dikenali.
"Tunggu dulu. Saya perlu bercakap dengan doktor sekarang sebelum terlambat,"lelaki separuh umur itu berdegil.
"Tak boleh Encik. Doktor sedang sibuk sekarang ni. Encik tak nampak ke situasi yang sedang berlaku sekarang ni."
"Ini berkenaan hidup dan mati pesakit tu. Tolonglah."
"Encik. Encik ni siapa?"
"Saya. Saya mungkin ahli keluarga pesakit itu yang masih tinggal."
Jururawat terkejut mendengar kenyataan itu.
"Tolonglah. Kita tak banyak masa lagi. Nyawa pesakit sedang nazak sekarang."
"Ba. Baiklah." dia terpaksa akur kerana dari riak wajah lelaki separuh umur itu dia tahu ia adalah benar
Telinganya dapat menangkap suara lain didalam bilik kecemasan itu sedang bercakap-bercakap dengan doktor. Tetapi pesakit sudah tidak dapat mendengar dengan jelas lagi. Seperti mendengar siaran radio yang kurang frequensi.
"Saya benarkan... Bantauan so... hay..."
Bunyi loceng amaran berbunyi panjang. Tanda nadi sudah berhenti.
'Selamat tinggal... semua.'
"Adoi. Sakitnya kepala aku setiap kali kau datang. Tolonglah berhenti. Aku tak kenal siapa kau. Jangan kacau aku lagi. Tolonglah..." dia menekan-nekan dan mengetuk-ngetuk kepalanya.
Serta merta gambaran-gambaran itu hilang dalam kepala begitu juga dengan kesakitan. Seoalah-olah ia dapat mendengar arahan tuan punya badan. Tiba-tiba dia merasa ada sesuatu sedang menyondol-nyodol kakinya. Dia melihat kebawah. Sebuah robot pencuci bangunan berbentuk labah-labah syang bersaiz kecil edang menjalankan tugasnya diwaktu-waktu begini. Lapan biji sensor berbentuk bulat dikepala menyala kemerah-merahan menandakan ada sesuatu yang sedang mengaggu tugasnya.
"Oh! Hi robot pencuci." Matanya kelihatan gembira melihat kehadiran robot itu.
Dia membongkok lalu mengusap-ngusap kepala robot itu. Seolah-olah robot tiu seperti sesuatu yang bernyawa. Lagak robot itu tidak kurangnya juga. Gerak geri robot itu seolah-olah gembira diusap seperti itu sehingga kelapan-lapan sensor bertukar warna biru.
"Aku ganggu kerja kamu ya. Maaf." dia bangkit dan beralih ketepi.
Robot itu mengeluarkan bunyi bit bot bit bot tanda gembira lalu beredar mengikut haluan yang telah diprogram untuk membersihkan bangunan. Dia melihat robot itu berlalu pergi dengan senyuman. Seketika selepas itu satu bunyi letupan yang kuat kedengaran. Ternampak cahaya merah kekuningan bersinar didalam kegelapan malam beberapa kilometer dari tempat dia berada.
'Apa hal tu? Mesti ada sesuatu yang buruk telah berlaku. Baik aku pergi periksa. Mana tahu kot kot malam ni aku boleh beraksi.' fikir di benak hatinya.
Setelah mengambil jarak beberapa langkah dia berlari laju lalu melompat dari tebing bangunan tinggi dengan bersahaja.
TAMAt Bab 4
No comments:
Post a Comment